PROGRAM MOTIVASI CUTI SEKOLAH 2011

PROGRAM MOTIVASI CUTI SEKOLAH

Sunday, June 5, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

PROGRAM PEMANTAPAN UPKK / UPSRA


BERTEMPAT DI KEM SRI RAUDHAH, GOMBAK SELANGOR
TARIKH 28 - 29 MEI 2011

Pada 28 Mei 2011 yang lalu, Brilliance MQ Sdn. Bhd. berkunjung ke Gombak, Selangor. Program 2 hari 1 malam ini berlangsung di Kem Sri Raudhah, kali ini kami bertemu 2 buah sekolah rendah agama. Program kali ini bertemakn "PEMANTAPAN UPKK / UPSRA" untuk murid-murid sekolah rendah agama.

Berikut adalah gambar-gambar semasa program:


Para peserta program khusyuk mendengar celoteh ustaz Muhammad Shafuan bercerita ketika sesi "Ice Breaking".


Smbil menimpa ilmu di dada, tidak salah kiranya kita berhibur untuk menghilangkan kebosanan dengan nyanyian lagu "SENYUM" oleh ustaz Muhammad Shafuan.


Perkongsian ilmu yang luas dan pelbagai, turut dikongsi bersama ustaz Shauqi dalam mencari matlamat hidup sebagai remaja muslim.



Didikan "SOLAT BERJEMAAH" amat dititikberatkan dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi sebagai seorang anak dan seorang pelajar serta seorang hamba yang telah beriman dengan Allah dan RasulNya.


Makan bersama rakan-rakan, mendidik kita untuk berdikari tika tidak bersama ibu serta ayah.


Amalan "TIADA ALASAN UNTUK TIDAK BERSOLAT" turut menjadi slot pemahaman untuk para peserta program. Solat di ruang tapak perhimpunan kem sri raudhah menjadi saksi, di mana, para peserta mengerjakan solat waktu asar secara berjemaah selepas "Jungle traking". Ini memberikn satu pengalaman berharga buat para peserta menimba ilmu di mana mereka sendiri tidak pernah cuba untuk solat di tempat-tempat yang kurang selesa.


Sambil menjamu selera malam, para peserta berkongsi maklumat dengan ustaz Muhammad Shafuan dan ustaz Shauqi.



Slot muhasabah diri kali ini, berjaya menyelami hati budi para peserta program di mana mereka dapat meluahkan semua perasaan yang terpendam sekian lama. Mereka juga dapat mengenal diri mereka sendiri, di mana kelemahan mereka yang dahulunya menjadi penghalang kepada kejayaan mereka untuk menjadi anak dan pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


No comments:

Post a Comment