Sudah hampir 2 minggu musim cuti persekolahan hujung tahun sudah berlalu, pada masa ini setiap keluarga yang mempunyai anak –anak yang bersekolah khususnya, sudah tentu telah merancang atau mencari-cari apakah aktiviti yang berfaedah untuk anak mereka sepanjang musim cuti sekolah selama sebulan ini.
Setiap ibu bapa semestinya tidak mahu akan anak-anak mereka ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah yang berkemungkinan sedikit sebanyak boleh mengundang bahaya atau menyumbang ke arah gegala sosial yang tidak baik. Bagi mengelakkan perkara seupama ini terjadi, maka setiap ibu bapa itu perlulah merancang dengan betul dan teliti apa yang baik untuk mengisi masa lapang anak-anak mereka.
Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap institusi kekeluargaan ini, Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Masjid As-Salam telah menganjurkan program khas Pemantapan Aqidah dan Sahsiah Remaja yang berkonsepkan “SUMMER CAMP”.
Ianya program yang boleh dikatakan menjerumus ke arah motivasi, program yang berlansung selama dua hari satu malam itu diadakan pada 27 dan 28 November yang lalu.
Dengan penyertaan seramai 48 orang yang terdiri dari anak-anak kariah dibawah Masjid As-Salam, program ini cukup memberi impak yang mendalam kepada setiap peserta yang menyertainya, malahan ia juga telah turut memberi kesan kepada ibu bapa peserta tersebut.
Didalam penganjuran program ini, pihak Masjid As-Salam telah berkerjasama dengan sebuah syarikat yang cukup berpengalaman dan dikenali iaitu BMQ (Brilliance Management Qalbu)
Sepanjang program berlansung, setiap peserta diberi penekanan supaya sentiasa berusaha menjadi insan yang cemerlang dan berjaya didalam hidup samada dari sudut agama dan juga akademik.
Peserta juga turut diberi kesedaran yang cukup mendalam akan kepentingan menghormati ibu bapa, pendedahan berkenaan pengorbanan ibu bapa didalam slot “Dibawah Lembayang Kasih Ibu” telah berjaya menimbulkan rasa keinsafan terhadap diri peserta, ianya boleh dilihat pada diri setiap peserta yang kebanyakkannya menitis air mata apabila pendedahan tersebut diberi kepada mereka.
Malahan mereka juga telah meluahkan perasaan ikhlas cinta dan kasih mereka itu pada helaian kertas dengan ucapan yang boleh menyentuh setiap perasaan individu yang membacanya, khususnya individu yang bergelar ibu dan bapa.
Bukan hanya setakat itu sahaja, ibu bapa juga telah diberi pendedahan yang sama akan kepentingan dan peranan dalam mendidik anak-anak. Didalam slot “Plano dan Resolusi Slot Bersama Waris”, pihak BMQ sedikit sebanyak cuba untuk menimbulkan kesedaran dalam diri ibu bapa untuk lebih menghargai akan anugerah yang tidak ternilai oleh Allah SWT.
Ada dikalangan ibu bapa peserta tidak dapat menahan sebak hingga menitis air mata apabila sedikit demi sedikit kesedaran itu disampaikan kepada mereka. Sepanjang program, selain motivasi diri, tunjuk ajar tentang cara berwuduk serta solat yang betul juga diajar kepada peserta.
Solat berjemaah dan qiamullail turut diberi penekanan sama, Di penghujung program Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed telah diberi penghormatan oleh pihak BMQ untuk membuat ucapan penutup sekali gus menyampaikan sijil kepada setiap peserta.
Didalam ucapan Tuan Nazir, beliau berpesan kepada setiap ibu bapa agar sentiasa mengutamakan pendidikan agama kepada anak-anak, dan jangan terlalu mementingkan kejayaan dalam akademik semata-mata.
Ia adalah kerana setiap kecemerlangan dalam hidup itu datangnya dari khlak yang baik, walaupun seseorang itu berjaya didalam hidup dengan memegang jawatan besar, pasti ada masalah peribadi atau displin di tempat kerja dan tidak mustahil juga terlibat dengan masalah sosial seperti rasuah sekiranya akhlak tidak cemerlang.
Laporan disediakan oleh Afizan B. Ibrahim, Pegawai Masjid As-Salam
No comments:
Post a Comment