PROGRAM MOTIVASI CUTI SEKOLAH 2011

PROGRAM MOTIVASI CUTI SEKOLAH

Wednesday, January 5, 2011

Program Pemantapan Akidah & Sahsiah Remaja

Maktab Rendah Sains Mara, Mersing Johor Darul Takzim (3-4 Januari 2011 Isnin-Selasa)
Tahun 2011, Brilliance MQ memulakan penjelajahannya. Kali ini Brilliance MQ ke Johor Darul Takzim. Program Pemantapan Akidah & Sahsiah Remaja di Maktab Rendah Sains Mara, Mersing Johor. Program ini berlangsung selama 2 hari satu malam bermula pada hari isnin hingga selasa.
Ustaz Subhi memberikan ceramah beliau dalam slot pengenalan diri.
Insan yang cemerlang adalah insan yang menggunakan pendengarannya dengan baik untuk menerima ilmu. Dan insan yang  tiada kecemerlangan adalah insan yang khayal dalam dunianya sendiri, ketika orang lain sibuk mengejar kejayaan.
Keberanian para peserta program diuji ketika sesi ''berjalan dalam kejayaan'' lalu menurunkan tandatangan di papan putih. Selepas itu, para peserta melaungkan "nada semangat'" membuktikan mereka boleh melakukan sesuatu dalam mengejar kejayaan tanpa rasa malu, malah melatih keyakinan diri berdepan dengan masyarakat.






Riadah dalam ilmu tidak diketepikan, untuk membuang rasa tekanan ketika penat mendengar ceramah.

Program tidak lengkap jika tidak diselitkan bersama Qiamullail bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Para peserta bangun seawal jam 4.45 pagi untuk bersama menunaikan qiamullail.
 


Slot muhasabah "Dibawah Lembayung Kasih Ibu" sekali lagi berjaya menyelami hati para peserta program.




Program Summer Camp Sempena Cuti Sekolah (Program Pemantapan Akidah & Sahsiah Remaja)

Masjid Negara, Kuala Lumpur (7-9 Disember 2010 Selasa - Khamis)


 Peserta-peserta adik perempuan yang berbakat dalam penyampaian nasyid
 
 Pengisian program ditambah dengan slot Qiamullail,
 Peserta program yang berjaya melahirkan harapan diri untuk perubahan yang cemerlang.
 Pengisian motivasi diri bersama Ustaz Subhi dalam slot 'kenali diri'
 Pengisian program "Dibawah Lembayung Kasih Ibu" berjaya menyelami hati dan perasaan peserta-peserta program.


Program Summer Camp Sempena Cuti Sekolah (Program Pemantapan Akidah & Sahsiah Remaja)

Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan Pahang (4-5 Disember 2010 Sabtu - Ahad)
Sempena cuti sekolah, Brilliance MQ bertandang ke negeri Pahang Darul Makmur untuk satu lagi program Summer Camp, Program Pemantapan akidah & Sahsiah remaja 2010.
 Peserta-peserta program bergambar bersama Ustaz Subhi (Tengah) selepas slot bersama mentor.
Setitis air mata yang mengalir bersama keinsafan, mencetus satu motivasi diri bersama keazaman yang baru untuk perubahan yang lebih baik.
 Doa serta keberkatan daripada Ibu dan Bapa, merupakan satu aspek yang sangat penting untuk berjaya dalam kehidupan.
 Peserta-peserta program khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Subhi.
Peserta-peserta adik perempuan bergambar bersama Ustaz Subhi (Kiri) selepas slot bersama mentor.

Program Summer Camp Sempena Cuti Sekolah (Program Pemantapan Akidah & Sahsiah Remaja)

Masjid As-Salam Puchong Perdana, Selangor (27-28 November 2010 Sabtu - Ahad)


Sudah hampir 2 minggu musim cuti persekolahan hujung tahun sudah berlalu, pada masa ini setiap keluarga yang mempunyai anak –anak yang bersekolah khususnya, sudah tentu telah merancang atau mencari-cari apakah aktiviti yang berfaedah untuk anak mereka sepanjang musim cuti sekolah selama sebulan ini.
Setiap ibu bapa semestinya tidak mahu akan anak-anak mereka ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah yang berkemungkinan sedikit sebanyak boleh mengundang bahaya atau menyumbang ke arah gegala sosial yang tidak baik. Bagi mengelakkan perkara seupama ini terjadi, maka setiap ibu bapa itu perlulah merancang dengan betul dan teliti apa yang baik untuk mengisi masa lapang anak-anak mereka.
Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap institusi kekeluargaan ini, Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Masjid As-Salam telah menganjurkan program khas Pemantapan Aqidah dan Sahsiah Remaja yang berkonsepkan “SUMMER CAMP”.
Ianya program yang boleh dikatakan menjerumus ke arah motivasi, program yang berlansung selama dua hari satu malam itu diadakan pada 27 dan 28 November yang lalu.
Dengan penyertaan seramai 48 orang yang terdiri dari anak-anak kariah dibawah Masjid As-Salam, program ini cukup memberi impak yang mendalam kepada setiap peserta yang menyertainya, malahan ia juga telah turut memberi kesan kepada ibu bapa peserta tersebut.
Didalam penganjuran program ini, pihak Masjid As-Salam telah berkerjasama dengan sebuah syarikat yang cukup berpengalaman dan dikenali iaitu BMQ (Brilliance Management Qalbu)
Sepanjang program berlansung, setiap peserta diberi penekanan supaya sentiasa berusaha menjadi insan yang cemerlang dan berjaya didalam hidup samada dari sudut agama dan juga akademik.
Peserta juga turut diberi kesedaran yang cukup mendalam akan kepentingan menghormati ibu bapa, pendedahan berkenaan pengorbanan ibu bapa didalam slot “Dibawah Lembayang Kasih Ibu” telah berjaya menimbulkan rasa keinsafan terhadap diri peserta, ianya boleh dilihat pada diri setiap peserta yang kebanyakkannya menitis air mata apabila pendedahan tersebut diberi kepada mereka.
Malahan mereka juga telah meluahkan perasaan ikhlas cinta dan kasih mereka itu pada helaian kertas dengan ucapan yang boleh menyentuh setiap perasaan individu yang membacanya, khususnya individu yang bergelar ibu dan bapa.
Bukan hanya setakat itu sahaja, ibu bapa juga telah diberi pendedahan yang sama akan kepentingan dan peranan dalam mendidik anak-anak. Didalam slot “Plano dan Resolusi Slot Bersama Waris”, pihak BMQ sedikit sebanyak cuba untuk menimbulkan kesedaran dalam diri ibu bapa untuk lebih menghargai akan anugerah yang tidak ternilai oleh Allah SWT.
Ada dikalangan ibu bapa peserta tidak dapat menahan sebak hingga menitis air mata apabila sedikit demi sedikit kesedaran itu disampaikan kepada mereka. Sepanjang program, selain motivasi diri, tunjuk ajar tentang cara berwuduk serta solat yang betul juga diajar kepada peserta.
Solat berjemaah dan qiamullail turut diberi penekanan sama, Di penghujung program Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed telah diberi penghormatan oleh pihak BMQ untuk membuat ucapan penutup sekali gus menyampaikan sijil kepada setiap peserta.
Didalam ucapan Tuan Nazir, beliau berpesan kepada setiap ibu bapa agar sentiasa mengutamakan pendidikan agama kepada anak-anak, dan jangan terlalu mementingkan kejayaan dalam akademik semata-mata.
Ia adalah kerana setiap kecemerlangan dalam hidup itu datangnya dari khlak yang baik, walaupun seseorang itu berjaya didalam hidup dengan memegang jawatan besar, pasti ada masalah peribadi atau displin di tempat kerja dan tidak mustahil juga terlibat dengan masalah sosial seperti rasuah sekiranya akhlak tidak cemerlang.

Laporan disediakan oleh Afizan B. Ibrahim, Pegawai Masjid As-Salam