PROGRAM MOTIVASI CUTI SEKOLAH 2011

PROGRAM MOTIVASI CUTI SEKOLAH

Tuesday, December 14, 2010

Keda Si Puteh, Kuala Nerang Kursus Bina Sahsiah Super Keda Pasir Putih


Gateway to Desa Keda Pasir Putih...

Program : Kursus Bina Sahsiah
Tarikh : 18-20 Mac 2010
Tempat : Desa Keda Pasir Putih, Padang Terap, Kedah Darulaman
Peserta : Pelajar lelaki & wanita berusia 11-16 tahun

Segala puji & syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan keizinanNya, BMQ berjaya menyudahkan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk bersama-sama anak-anak KEDA, membuka minda dan ruang fikiran mereka untuk memulakan agenda perubahan seterusnya merubah nasib diri dan keluarga. Hanya dengan pendidikan akan merubah situasi kehidupan kita.


Panas terik menyambut ketibaan kami di Desa Keda Pasir Putih dengan suhu di papan meter SUV menunjukkan 38"celcius. Kami disambut mesra oleh JK4P Keda Pasir Putih yang diketuai oleh En. Mat Din Arifin, En Zamri, En Suhaimi, Kak Wa, UStazah Kasma, Kak Teh dan ramai lagi. Peserta pun sudah kelihatan menunggu di bawah khemah yang dipasang untuk penyediaan makanan. Kelihatan senyuman terukir di wajah mereka memandangkan ada peserta yang telah bersama BMQ untuk program sebelum ini di Keda Bendang Man dan Keda Kemangi.

Surau Desa Keda Pasir Putih tempat kami mencurah bakti...

Peserta lelaki membantu BMQ memunggah barang dari kereta masuk ke dalam surau. " Bagus jugak budak-budak nie". Detik kami dalam hati.Jam 3.30 petang program bermula dengan sesi pengenalan FC, taklimat program dan suai kenal termasuk ice breaking. Kelihatan para peserta responsif terhadap percakapan kami. Mungkin tiga hari di sini bakal menjadi kenangan yang paling seronok dan indah buat kami dan peserta.


Bergambar di sisi Surau Desa Keda Pasir Putih...

Sesi perpisahan..

Tiada yang lebih indah selain pertemuan dan perpisahan kerana Allah..


All The Best To All Of You...


Kak Teh & Ustazah Kasma - CEO Makanan




Peserta perempuan bersama Cabaran Paku Besi..



Pak Din (Pengerusi JKP4P) berdiri kiri bersama En Zamri (Tengah) dan Ust Subhi (Kanan) saling bertukar buah tangan..


Lepas nie boleh jadi tukang buat rumah...




Dalam sesi Cabaran Kertas...


Aktiviti kumpulan terhebat...


Masih malu-malu membuat pembentangan..



Antara pembentangan terbaik kumpulan..


Peserta lelaki yang happy...

Peserta wanita yang comel-comel dan baik hati....
Tiga hari dua malam tidaklah begitu panjang detik kiraannya. Antara pengisian yang kami tekankan untuk peserta ialah memulakan agenda perubahan. Perubahan imej, cara berfikir, sikap terhadap ibu bapa, pelaziman ibadah solat dan al quran adalah sinergi internal danexternal untuk berjaya. Minda perlu diaktifkan untuk merangsang semangat belajar. Alhamdulillah, kelihatan para peserta mula menyambut idea kami dari respons dan kehadiran mereka dalam setiap slot yang disusun. Begitu juga kaum ibu yang bertungkus lumus membuat penyediaan makanan sehingga perut kami semua tak sempat berehat! Paling tidak dilupakan ikan pekasam yang digoreng bersama cili dan bawang. Sememangnya mencetuskan selera untuk kembali ke sana sekali lagi.

No comments:

Post a Comment