PROGRAM MOTIVASI CUTI SEKOLAH 2011

PROGRAM MOTIVASI CUTI SEKOLAH

Thursday, June 30, 2011

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN YPM


MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
TARIKH 18 - 19 JUN 2011

Pada 18 Mei 2011 yang lalu, Brilliance MQ Sdn. Bhd. berkunjung ke Putrajaya. Program 2 hari 1 malam  yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, mendapat sambutan yang agak baik daripada para peserta program sekitar Putajaya dan Selangor.

Berikut adalah gambar-gambar semasa program:
Majlis Perasmian program yang disempurnakan oleh Ybhg. En. Raja Norsan Bin Raja Nasron, Pengurus Besar YPM Realties Sdn. Bhd.

Diikuti ucapan alu-aluan oleh wakil Tuan Rumah, Pemangku Imam Besar Masjid Putra Putrajaya, Ustaz Salleh Bin Saad.

Barisan VVIP bergambar kenang kenangan sebelum bersurai.

Sejumlah peserta program yang turut menjayakan majlis.

Pendaftaran peserta program

Aktiviti dalam kumpulan

Barisan fasilitator dan urusetia program yang terlibat

Kenangan Sebelum Pulang

Slot Khas Muhasabah diri "Di bawah Lembayung kasih Ibu" serta Slot Khas "Bersama Waris" amat memberi kesan yang sangat mendalam kepada para peserta program dan ibu bapa yang turut hadir bersama anak-anak. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan slot ini.

Bangun seawal jam 5.00 pagi untuk berQiamullail memupuk kesedaran diri peserta program dalam mencari keredhaan Illahi dan kefahaman solat sunat Qiamullail yang sering menjadi aktiviti harian Baginda Nabi Muhammad SAW.

Aktiviti Riadhah di perkarangan masjid putra

 Sesi soal jawab bersama peserta program mengajar untuk berani tampil di hadapan.

Aktiviti sampingan "Tepuk ChaCha"

 Makan berjemaah memupuk keharmonian sesama sahabat.

 Para peserta program perempuan yang tekun mendengar segala input-input yang disampaikan oleh penceramah.

Bengkel "Smart Wudu' dan Solat" yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Shafuan.



Sekalung Penghargaan dan Ucapan Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat menjayakan 
PROGRAM MOTIVASI
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN YPM
KERJASAMA
MASJID PUTRA PUTRAJAYA
18-19 Jun 2011

"Ilal liqa Maassalamah"

Sunday, June 5, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN YAYASAN PELAJARAN MARA


MASJID PUTRA, PUTRAJAYA


OBJEKTIF
  • Menyuntik semangat motivasi ke arah pencapaian keputusan cemerlang.
  • Mendedahkan pelajar dengan teknik-teknik belajar yang berkesan.
  • Mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik menghadapi peperiksaan.
  • Meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan.


Sebarang Pertanyaan:










Ustaz Subhi Bin Asha'ri
Perunding Motivasi
Brilliance MQ Sdn. Bhd.
Tel             : 019-3775484
Pej             : 03-62751181
Faxs           : 03-62750515
Email          : subhi@mybmq.com
Website      : www.mybmq.com
                    http://my-bmqtraining@blogspot.com










PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

PROGRAM PEMANTAPAN UPKK / UPSRA


BERTEMPAT DI KEM SRI RAUDHAH, GOMBAK SELANGOR
TARIKH 28 - 29 MEI 2011

Pada 28 Mei 2011 yang lalu, Brilliance MQ Sdn. Bhd. berkunjung ke Gombak, Selangor. Program 2 hari 1 malam ini berlangsung di Kem Sri Raudhah, kali ini kami bertemu 2 buah sekolah rendah agama. Program kali ini bertemakn "PEMANTAPAN UPKK / UPSRA" untuk murid-murid sekolah rendah agama.

Berikut adalah gambar-gambar semasa program:


Para peserta program khusyuk mendengar celoteh ustaz Muhammad Shafuan bercerita ketika sesi "Ice Breaking".


Smbil menimpa ilmu di dada, tidak salah kiranya kita berhibur untuk menghilangkan kebosanan dengan nyanyian lagu "SENYUM" oleh ustaz Muhammad Shafuan.


Perkongsian ilmu yang luas dan pelbagai, turut dikongsi bersama ustaz Shauqi dalam mencari matlamat hidup sebagai remaja muslim.



Didikan "SOLAT BERJEMAAH" amat dititikberatkan dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi sebagai seorang anak dan seorang pelajar serta seorang hamba yang telah beriman dengan Allah dan RasulNya.


Makan bersama rakan-rakan, mendidik kita untuk berdikari tika tidak bersama ibu serta ayah.


Amalan "TIADA ALASAN UNTUK TIDAK BERSOLAT" turut menjadi slot pemahaman untuk para peserta program. Solat di ruang tapak perhimpunan kem sri raudhah menjadi saksi, di mana, para peserta mengerjakan solat waktu asar secara berjemaah selepas "Jungle traking". Ini memberikn satu pengalaman berharga buat para peserta menimba ilmu di mana mereka sendiri tidak pernah cuba untuk solat di tempat-tempat yang kurang selesa.


Sambil menjamu selera malam, para peserta berkongsi maklumat dengan ustaz Muhammad Shafuan dan ustaz Shauqi.



Slot muhasabah diri kali ini, berjaya menyelami hati budi para peserta program di mana mereka dapat meluahkan semua perasaan yang terpendam sekian lama. Mereka juga dapat mengenal diri mereka sendiri, di mana kelemahan mereka yang dahulunya menjadi penghalang kepada kejayaan mereka untuk menjadi anak dan pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat.